Monday, 12 December 2011

~ Ibu ~


Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah. ^_^ Thank You Allah for everything You give me. ~


Sudah lama menyepi, rindu pula bertamu.
Apa khabar duhai diri? 

 Alhamdulillah wa Alhamdulillah.:)

Saat ini rasa ingin berkongsi gelora di hati.
Bolehkan ya Khalili? (,")

Hani Rindu Ibu.
Benar. Tak tertahan rasa rindu ini. 

Ibu.

:'( 


Rindu nak berada dalam pelukan Ibu.

Rindu nak nangis kat bahu Ibu.

Rindu sangat nak lihat Ibu senyum. :'

Ibu.

Hani rindu nak belajar dengan Ibu.

Cium tangan Ibu lepas solat.

Berkongsi cerita dengan Ibu.

Pegang tangan Ibu.

Hani rindu nak dengar Ibu bagi semangat.

Pujuk Hani bila sedih dengan kata-kata Ibu.

Tidur dalam alunan zikir Ibu.

Ibu.

Hani rindu saaaaaaaaaaaangat! :''




Hani ingat lagi pesan Ibu.

" Hani, jaga adik-adik. Belajar sungguh-sungguh. Hani boleh. 
 Fahami ayah ya nak. Hani sayang Ibu, kan? "

" Hani kena doakan Ibu selalu. Ibu cuma ada anak-anak Ibu. Ibu harapkan doa dari anak-anak Ibu. "

Ibu...

" Selagi ada doa dari anak-anak Ibu, Ibu akan selamat di sana.
Dan,
Selagi anak-anak Ibu doakan Ibu, InsyaAllah, keberkatan akan mengalir dalam kehidupan aulad. "


Ibu yang amat Hani rindui dan cintai,

Sayu bila melihat teman-teman berbicara dengan ibu mereka, bergelak tawa, berbual mesra.

Ibu nak tahu, Hani akan bayangkan Ibu senyum pada Hani bila Hani takut nak buat presentation.
Hani selalu bayangkan Ibu akan tersenyum dan titip pesan kat Hani,

"Hani Boleh. :)"

Ibu nak tahu, Senyuman Ibu manis sekali. Itu Hadiah yang paling Hani nanti bila Hani dapat apa-apa kejayaan. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan tu pada Hani. 

Terima kasih Allah. :')

Ibu,

Hani paling rindu saat kita Qiamullail sama-sama, :')


 Pesan Ibu selalu :

" Jangan beri hati kita sepenuhnya pada insan, kerana insan kan melukakan, 
Tapi, kalau kita beri hati kita yang luka pada Allah, Allah pasti menyembuhkan. 
Allah kan selalu Ada untuk Kita? :) "

Ibu yang Hani Sayang kerana Allah,

Hani sayang Ibu sangat-sangat. :')

Ya Allah, sampaikan rindu ini pada Ibuku.

Ikhlaskan jiwaku ya Tuhan.

Aku Cintakan Dia dengan Sepenuh Hatiku.

Ibu.~



Terima Kasih Allah untuk segalanya~