Monday, 12 March 2012

Bahagia Itu Pilihan :)

Bismillahirrahmanirrahim :))

"Damainya rasa saat Dia yang ada di ingatan. 
Benar. Tak mungkin mampu kubohongi diri sendiri.
Biarlah alam terus menyepi, namun jangan hati sunyi dari zikir Ilahi.
Allahu Rabbi, biarkan aku berlari mencari tempat di sisi."


Benarkah Bahagia itu pilihan? :)

Ya. :)
Bahagia itu pilihan yang ada pada setiap manusia.
Kita akan bahagia bila kita memilih untuk mencariNya, berada di sisiNya, mengingatiNya setiap ketika,walau dalam sibuk dengan urusan kerja,.
Bahagia akan menjelma bila kita tak lagi mencari apa yang tiada sebaliknya kita mensyukuri dengan apa yang ada.
Bahagia itu bukan pada harta, tapi pada jiwa yang penuh dengan cinta.


Ya Allah.
Pada Mu aku meluah rasa.
Cukupkan aku dengan apa yang ada.
Penuhkan hatiku dengan Cinta Kasih Mu.

Ya Allah.
Gelora hati ini hanya Engkau yang tahu.
Tak mampu ku susun dalam bicara.
Kerana rasa ini benar rahsia.

Ya Allah.
Ku mohon kurniakan padaku bahagia,
Yang denganya dapat aku selalu merasa,
Bahawa Engkau Selalu Ada.

~ Allah. 
Hanya Engkau yang Tahu Segalanya ~