Sunday, 1 July 2012

Hidup hanya seketika, Hiduplah dengan Agama :)

Bismillahirrahmanirrahim ,")



Perjalanan untuk sem ini baru bermula. Sebelum kembali ke universiti,aku berpeluang menziarahi makam bonda. Sungguh,kita hanya manusia biasa,yang pasti ada akhirnya. Termenung seketika menatap pusara ibu. Air mata mengalir perlahan-lahan.Kenangan bertalu-talu datang ke minda,menyusup rasa dalam jiwa..

...Andai saat ini ibu masih ada,pasti akan aku dakap erat-seeratnya. Ingin ku luahkan,namun tak bisa sampai padanya. Tuhanku,benar,merindui insan yang jauh di depan mata takkan sama dengan merindui insan yang telah tiada.

Ingatlah pesan Ibu, " Hidup hanya seketika, Hiduplah dengan berAgama".







 

Untuk mu Ibu ^^,

"Sesungguhnya Aku sepertimana yang hambaKU sangkakan..." =)

Bismillahirrahmanirrahim..^_^

Bila rindu bertamu,jari pantas berlari,meluah apa yang tersembunyi di hati. Asyiknya berlari,hingga terlupa apa yang ada di sisi. Hani,Hani. :) Kali ini,biar rindu itu berlabuh untuk Ibu yang selalu kurindu,setiap detik waktu.

Ibu,andai diukur masa,hampir genap lima tahun Ibu meninggalkan kami semua,menghadap Allah,Sang Pencipta. Tak mampu diungkap dengan kata-kata rindu yang terhimpun di jiwa. Hani rindu Ibu! :''

Ibu,kasihmu setulus bicara. Masih Hani ingat hari-hari kita berdua di hospital. :) Ada gelak tawa dan air mata. Saat itu dirasakan amat payah untuk melaluinya,berhadapan dengan realiti saat kematian kian menghampiri,  namun hati berasa penuh dan bahagia. Ajaib sungguh kan Ibu?
Mungkin Allah membesarkan jiwa kita untuk menghadapi ujian yang seberat itu. Dia juga iringkan RahmatNya agar kita selalu berasa cukup hanya dengan Dia. Tiba-tiba Hani teringat kata-kata Ibu,

" Tak diuji insan di luar batas kemampuan"

Benar. Bila iman rasa goyah,cepat kuatkannya dengan Zikrullah. Bila berat rasa hendak melangkah,pimpin tangan subhah solehah. Pasti terukir senyuman indah saat menjalani ujian tarbiyyah. :)

Ibu,di mata kita yang bergelar manusia,kadang kebaikan itu dirasakan satu kesusahan dan selalunya kesusahan yang dialami sukar dilihat kebaikan di sebaliknya. Tapi Hani yakin, di pandangan Allah,yang ada cuma kebaikan semata,sebab Allah sangat sayangkan kita.Allah Maha Baik. Ibu selalu pesan,bila tersalah arah,jangan pernah mengalah, Kembalilah,Dia kan selalu ada untuk hambaNya yang bertaubat dan kembali padaNya.

Jika berkesempatan,ingin sekali Hani coretkan sisi-sisi kehidupan yang penuh dengan hikmah dan pengajaran. Moga ini menjadi perintis untuk Hani mengejar impian sebagai penulis. Moga ia dikira sebagai amal jariah yang menjadi bekalan untuk hari akhirat. Ibu,masihkah Ibu ingat janji kita berdua?..

...Hani ingin berpimpinan tangan dengan Ibu melangkah ke syurga.. :''




Monday, 12 March 2012

Bahagia Itu Pilihan :)

Bismillahirrahmanirrahim :))

"Damainya rasa saat Dia yang ada di ingatan. 
Benar. Tak mungkin mampu kubohongi diri sendiri.
Biarlah alam terus menyepi, namun jangan hati sunyi dari zikir Ilahi.
Allahu Rabbi, biarkan aku berlari mencari tempat di sisi."


Benarkah Bahagia itu pilihan? :)

Ya. :)
Bahagia itu pilihan yang ada pada setiap manusia.
Kita akan bahagia bila kita memilih untuk mencariNya, berada di sisiNya, mengingatiNya setiap ketika,walau dalam sibuk dengan urusan kerja,.
Bahagia akan menjelma bila kita tak lagi mencari apa yang tiada sebaliknya kita mensyukuri dengan apa yang ada.
Bahagia itu bukan pada harta, tapi pada jiwa yang penuh dengan cinta.


Ya Allah.
Pada Mu aku meluah rasa.
Cukupkan aku dengan apa yang ada.
Penuhkan hatiku dengan Cinta Kasih Mu.

Ya Allah.
Gelora hati ini hanya Engkau yang tahu.
Tak mampu ku susun dalam bicara.
Kerana rasa ini benar rahsia.

Ya Allah.
Ku mohon kurniakan padaku bahagia,
Yang denganya dapat aku selalu merasa,
Bahawa Engkau Selalu Ada.

~ Allah. 
Hanya Engkau yang Tahu Segalanya ~
 




Monday, 20 February 2012

University Sport Carnival'11 :D

Alhamdulillah ya Allah :D

Tonight,I have a table tennis tournament at Female Sport Complex. Alhamdulillah. This is my 1st time in joining the University Sport Carnival (USC) for the year 2011. I feel very happy. Thank you my God. Even though I do not win anything, but I learn many things. Its really give me new experience,new friends and new skill of playing table tennis. It is a new game for me,but I'm really enjoy it. I'm not alone. My beloved team manager is Fareha, and my team's member are Sofia, Ainin, Maryam, Mas, Mai and Kak Yati. We have try our best, we give our full effort for our beloved mahallah, Mahallah Halimatus Sa'diah. Before I go to sleep today, I would like to highlight my sweet friend saying :

" PRACTICE DOES NOT MAKE PERFECT BUT IT MAKE PERMANENT "
                                       (,")(",)

Yeahhhhhhhhhhhhhhh! Strive for the best, USC 2012. Go, Go Fabulous Halimah! =)



Kawan-kawan,kita kan Serikandi Halimah, Betul tak? ^_^

Monday, 12 December 2011

~ Ibu ~


Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah. ^_^ Thank You Allah for everything You give me. ~


Sudah lama menyepi, rindu pula bertamu.
Apa khabar duhai diri? 

 Alhamdulillah wa Alhamdulillah.:)

Saat ini rasa ingin berkongsi gelora di hati.
Bolehkan ya Khalili? (,")

Hani Rindu Ibu.
Benar. Tak tertahan rasa rindu ini. 

Ibu.

:'( 


Rindu nak berada dalam pelukan Ibu.

Rindu nak nangis kat bahu Ibu.

Rindu sangat nak lihat Ibu senyum. :'

Ibu.

Hani rindu nak belajar dengan Ibu.

Cium tangan Ibu lepas solat.

Berkongsi cerita dengan Ibu.

Pegang tangan Ibu.

Hani rindu nak dengar Ibu bagi semangat.

Pujuk Hani bila sedih dengan kata-kata Ibu.

Tidur dalam alunan zikir Ibu.

Ibu.

Hani rindu saaaaaaaaaaaangat! :''




Hani ingat lagi pesan Ibu.

" Hani, jaga adik-adik. Belajar sungguh-sungguh. Hani boleh. 
 Fahami ayah ya nak. Hani sayang Ibu, kan? "

" Hani kena doakan Ibu selalu. Ibu cuma ada anak-anak Ibu. Ibu harapkan doa dari anak-anak Ibu. "

Ibu...

" Selagi ada doa dari anak-anak Ibu, Ibu akan selamat di sana.
Dan,
Selagi anak-anak Ibu doakan Ibu, InsyaAllah, keberkatan akan mengalir dalam kehidupan aulad. "


Ibu yang amat Hani rindui dan cintai,

Sayu bila melihat teman-teman berbicara dengan ibu mereka, bergelak tawa, berbual mesra.

Ibu nak tahu, Hani akan bayangkan Ibu senyum pada Hani bila Hani takut nak buat presentation.
Hani selalu bayangkan Ibu akan tersenyum dan titip pesan kat Hani,

"Hani Boleh. :)"

Ibu nak tahu, Senyuman Ibu manis sekali. Itu Hadiah yang paling Hani nanti bila Hani dapat apa-apa kejayaan. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan tu pada Hani. 

Terima kasih Allah. :')

Ibu,

Hani paling rindu saat kita Qiamullail sama-sama, :')


 Pesan Ibu selalu :

" Jangan beri hati kita sepenuhnya pada insan, kerana insan kan melukakan, 
Tapi, kalau kita beri hati kita yang luka pada Allah, Allah pasti menyembuhkan. 
Allah kan selalu Ada untuk Kita? :) "

Ibu yang Hani Sayang kerana Allah,

Hani sayang Ibu sangat-sangat. :')

Ya Allah, sampaikan rindu ini pada Ibuku.

Ikhlaskan jiwaku ya Tuhan.

Aku Cintakan Dia dengan Sepenuh Hatiku.

Ibu.~



Terima Kasih Allah untuk segalanya~






Monday, 21 November 2011

Hati Saya Di Sini ;)

Bismillah wa bi iznillah :D

Alhamdulillah, hari ini masih lagi dipanjangkan nafas untuk meneruskan kehidupan.
Terima kasih Allah :)

Alhamdulillah, hari ini, saya berkesempatan untuk mengunjungi sebuah Pusat Down Syndrome di Ampang.
Kami pergi menaiki kereta, saya, kak Nisha, Hanim dan Anwari. Mereka semua group mates saya untuk project Physiology.


(Hanya sebagai gambaran. )

Kami tiba disana pada pukul hampir 9.00 pagi.
Alhamdulillah, Cikgu Faridah dengan berwajah manis menjemput kami.

Kami memulakan temuramah. Banyak yang diperbualkan.
Yang paling terkesan di hati saya apabila Cikgu menceritakan pengalamannya membawa kanak-kanak Down Syndrome ini pergi berenang di sebuah kolam renang.
Seorang lelaki dewasa di situ menolak untuk tidak mandi bersama anak-anak istimewa ini.
Kata-katanya sangat menyakitkan hati,
"Tak nak lah mandi dengan MONYET".

Terkejut sekali saat telinga menangakap butiran kata Cikgu Faridah.
Air mata sudah mengalir di pipinya.
Ada esakan kecil sebagai luahan rasa.
Hina sangatkah kanak-kanak ini di mata masyarakat??

Berdasarkan apa yang dikongsi bersama dengan Cikgu Faridah,
Kanak-kanak ini, meskipun lambat dari segi pertumbuhan,
Tapi mereka mempunyai perasaan sama seperti kita.
Mereka boleh memahami apa yang kita bualkan.
Mereka jua punya hak untuk dilayan dan hidup seperti mana kita.

Hati saya sayu.
Hanya insan yang punya hati bersih kan dapat menyayangi insan bersih ini setulus hati mereka.
Hakikatnya, mereka jua tidak minta dilahirkan sebegitu.

Allahu Akbar.
Syukur saya masih di sini.
Dan Hati saya, masih lagi bernyawa, masih lagi mampu merasa.

Hari ini,
Sekali lagi, Allah telah menunaikan impian saya.
Berada bersama-sama kanak-kanak Down Syndrome.
Memeluk mereka dengan sepenuh hati saya.
Mencium mereka dengan sepenuh jiwa.
Saya bukannya seorang yang bisa melahirkan perasaan dengan perbuatan.
Tapi hari ini, 
Saya bisa menjadi diri saya sendiri,
Dihadapan insan istimewa ini.
Puas sungguh rasanya.

Terima kasih Allah.
Moga maghfirah Mu kan mencurah turun untuk hamba Mu yang sering leka ini.

Untuk Adik Muhammad, Adik Nabil, Adik Amira, dan Adik Abrar,
Akak Sayang Kamu Semua! :')


Nah, hati kakak untuk kamu, adik-adikku! :)



Sunday, 6 November 2011

Allah...


Allah.
Allah. Allah. Allah.
Allahu Akbar.







Allah yang Amat Memahami diri ini.
Allah yang Amat Mencintai dari setiap inci nafsi.
Allah yang sentiasa menemani.
Allahu Akbar.



Ya Allah,
Pandangilah hambaMu ini dengan CintaMu.
Ya Allah,
Aku tak kuat tanpaMu.
Tak mungkin aku kan ada di sini tanpa izin dari Mu.

Tuhanku,
Aku letih.
Maka,
Kuatkan aku.

Tuhan,
Aku lemah,
Maka.
Jangan biarkan aku melupakan Mu.

Engkau sumber kekuatanku.
Engkau sumber cahaya hatiku.
Engkau kekasih yang setia memujuk Qalbiku.
Allah.

Aku yang sentiasa meminggir.
Bagaimana ingin merasa cintaMu yang sangat hampir?
Allah.
Aku yang sering alpa.
Bagaimana ingin merasa the miracles of 'Doa'?
Allah.

Ya Rabbi Ilahi.
Ku mohon sepenuh jiwa,
Tautkan hatiku dengan Cinta Mu semula.
Agar jalan ku kembali bercahaya.
Agar ketengan yang ku damba, memenuhi seluruh sukma.

Ya Allah,
Ku mohon agar dikurniakan keikhlasan dalam setiap tindaakan.
Ku mohon agar dibuang seluruh keegoan.
Ku mohon agar diberi kethabitan hati dalam keimanan.

Moga,
Aku dapat tunduk pasrah pada Mu.
Sujud sepenuh hatiku.
Hilang segala egoku.
 
Allah ya Allah.
Kurniakan aku rasa sebenar-benar cinta kepada Mu.
Agar ku tahu,
Cinta Mu adalah sebenar-benar Cinta.
Cinta Pencipta kepada yang Dicipta.



Ameen.


Sunday, 30 October 2011

Jom Balik Kampung! :D


Bismillahirrahmanirrahim.
Huhu, awal-awal lagi dah tulis nak balik kampung. ;)

Tak sabarnya di hati ini. 
Barang-barang hadiah semua dah beli.
Nak bagi pada Adik Sakinah, Ayah, Hakimi, dan Hazim.
Untuk Along pun ada.
Tapi tak jumpa Along balik ni. Sedihnya. :'(.
Tak apa Hani. 
Along baik-baik ya di sana,kat Thailand,jauh tu.
Hani doakan Along pergi dan pulang dengan selamat.
"Ingat Allah selalu, pasti Allah akan menjagamu kakakku,:)."

Untuk teman-teman universiti,
Kak Ros, Kak As, Kak Tiyah, Fatin, Kak Mai, Kak Fida, Kak Intan, Liyana, Zahra dan ramai lagi.. :)
Selamat Balik kampung untuk bercuti raya haji ni.
Moga cuti sebagai rehat jasadiah tapi bukan 'aqliah.
Moga cuti memberi kita peluang belajar dalam dimensi baru.:)
Dunia luar.
Agar kita tahu bahawa di luar sana, masyarakat memerlukan kita.
Kata Doktor Psychologist saya,
" Belajar Psychology merupakan pintu untuk kita menjadi da'ei dan murabbi yang terbaik.
Bukankah Psyuchologist itu merawat hati manusia?
Dan merawat hati merupakan pekerjaan mulia Nabi?":)

Ya, Doktor. :)
Hani, Bangkit ya!
Allah tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia.
Pasti ada sebabnya kenapa saya di sini.
Bukankah aturan Allah itu sangat indah dan sempurna sekali?

Maka,
Wahai Hati dan Diri,
Jangan diragui nikmat Ilahi.
Islam, Iman dan segalanya, termasuk cuti.

Kan ada hadith Nabi,
"Dua nikmat yang manusia banyak mensiakannya adalah nikmat sihat dan masa lapang."

Ya Allah, Hani ingin perbaiki diri.
Bantu hani Ya Allah dan kuatkan Hani.
Hanya padaMu tempat Hani mengadu dan meminta pertolongan.

Teman-teman,
Selamat Bersua Kembali!
Ilal Liqa' wa Ma'as Salamah! :)




Saya Nak Jadi Anak Soleh! :)


Assalamualaikum :)

Hai Nafsi! Sudah lama menyepi, apa peringatan untuk kali ini ya? :)

" Saya Nak Jadi Anak Solehah. "

Minggu ini, di universiti, minggu midterm. Macam-macam midterm.
Allahuakbar. Seronok ada, resah pun ada.
Tapi tak apa, sebab midterm yang saya lalui ini menguji apa sebenarnya yang saya fahami.

Dalam diuji dengan midterm, Allah tambah lagi dengan ujian sakit telinga.
:)
Terima kasih Allah.
Kali ini, ujiannya memang sakit sekali, tapi Allah hadirkan teman-teman yang sangat baik di sisi.
Fateha, Sofea, Kak Zahidah, Kak Ela, dan ramai lagi.
Semuanya tak lekang dengan ingatan dan sangat mengambil berat.
Moga Allah mengurniakan mereka sebaik-baik kurnian NYA.
Ameen.
Jazakillahukhairan Kathiran ya Teman-teman. :)



Saya nak jadi Anak Solehah.
:)
Ini doa yang saya pohon setiap masa dan ketika.
Ibu dan ayah, doakan Hani ya! -_^
Hani punya impian. Banyak sekali. 
Menggunung impian di hati.

"Nak masuk syurga dengan pimpin tangan ibu dan ayah."
"Nak pimpin tangan ayah naik atas pentas masa konvo."
"Nak peluk ibu erat-erat masa tidur. :') "

Kata orang,
"Impian itu menghidupkan Hati."

Moga impian saya akan terus bersinar dalam diri.
Moga Allah tunaikan impian saya.
Yang rahsia dan yang nyata.
Kerana,
Dia Maha Mengetahui Atas Segalanya.

Tuhanku, jadikan Impianku selari dengan KehendakMU,ameen. 
:)






Friday, 21 October 2011

My Dream, My Spirit, My Love..<3



Dua minggu ini, hati resah tidak menentu, sayu, lesu, semua becampur menjadi satu..
Letih bertanya pada diri,
"Apa sebenarnya yang terjadi?"

Puas ku mencari, berharap bertemu dengan solusi,
Namun, diri masih sepi. 
Kemana hilangnya sakinah yang dirindui sepenuh hati??

Alhamdulillah ya Rabbi.
Hari ini Engkau berikan ku sesuatu yang amat ku perlu.
"RINDU"
Rindunya untuk merindu,
Pada Nabiku yang amat mencintaiku.
Pada Ayah yang bersusah payah membesarkanku,
Pada Ibu yang selalu mendoakanku.
Dan terutama,
Pada Dia Tuhanku,
Yang selalu DEKAT DENGANKU.
^_^

Sebelum ini, berkali ku pujuk hati,
Dengan kata-kata hikmah untuk bersemangat kembali.
Namun, hati masih begini,
Mencari dan terus mencari, kehendak diri.

Terima Kasih Allah.
:)
sentiasa menemani dalam pencarian ini.
Mengembalikan rasa rindu di hati,
Untuk aku tetap melangkah,
Meniti ranjau dan duri,
Dalam perjalanan hayati.

Mungkinkah ku tersungkur lagi??
Biarkan.
Kerana ku tahu,
Dia akan ada,
Memimpin tanganku selalu.

Tuhanku,
Aku Rindu PadaMU..
<3





Friday, 14 October 2011

Alone but Not Lonely ^^

"Sesungguhnya Aku sepertimana yang hambaKU sangkakan..." =)


Alhamdulillah, 
Thank You Allah,
Again and again.
For everthing. :)

I miss my mom, my sweet mother.
PreShe kept telling me,

'Sahabiah Jannah'

...Teman itu hiasan diri....

Untukmu Teman,
Terima kasih untuk segalanya.


Khas untuk Aina Sofia Muhammad Ali,

Tetaplah dirimu teguh sebagai permata agama yang diridui.

Kerana...

Perjalanan ini masih panjang untuk di jalani.

Jangan pernah menangisi apa yang terjadi,

Kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sahabatku,

Dikau impian hati,

Sang mujahid Islami.

Moga kita kan tetap berteman di Syurga Firdausi.

Itulah impian ku,tulus dari sanubari. :)







Thursday, 13 October 2011

FIRST ENTRY. :)

"Sesungguhnya Aku sepertimana yang hambaKU sangkakan..." =)

Thank you Allah for everything.

The air You give me to breath,
The opportunity to do good deed,
The ability to think and study.

The friends that always beside me,
Keep me up in faith,
And respond to me if I do mistake.

O' Allah,
You never forget me,
But I'm rarely remember You.

O' Allah,
You always grant me what I want,
But I keep delay my promised to You.

Why I still let myself in lazy,
While I'm aware that it bring bad to me.

Why I keep repeat the same mistake,
Even though I have learn it twice and many-many times.

Why I let my precious time fly away,
without calling it, and struggle to use it?

Why I keep postpone my idea and good deed
that I'm really want to do it?

Why I can't express my feelings,
Towards people that I love most.

Ya Qalb,
It's all about YOUR HEART.
Where you put HIM in the position
that you like HIM to be.

Keep CONSCIUONESS Honey!!