Bismillahirrahmanirrahim.
Huhu, awal-awal lagi dah tulis nak balik kampung. ;)
Tak sabarnya di hati ini.
Barang-barang hadiah semua dah beli.
Nak bagi pada Adik Sakinah, Ayah, Hakimi, dan Hazim.
Untuk Along pun ada.
Tapi tak jumpa Along balik ni. Sedihnya. :'(.
Tak apa Hani.
Along baik-baik ya di sana,kat Thailand,jauh tu.
Hani doakan Along pergi dan pulang dengan selamat.
"Ingat Allah selalu, pasti Allah akan menjagamu kakakku,:)."
Untuk teman-teman universiti,
Kak Ros, Kak As, Kak Tiyah, Fatin, Kak Mai, Kak Fida, Kak Intan, Liyana, Zahra dan ramai lagi.. :)
Selamat Balik kampung untuk bercuti raya haji ni.
Moga cuti sebagai rehat jasadiah tapi bukan 'aqliah.
Moga cuti memberi kita peluang belajar dalam dimensi baru.:)
Dunia luar.
Agar kita tahu bahawa di luar sana, masyarakat memerlukan kita.
Kata Doktor Psychologist saya,
" Belajar Psychology merupakan pintu untuk kita menjadi da'ei dan murabbi yang terbaik.
Bukankah Psyuchologist itu merawat hati manusia?
Dan merawat hati merupakan pekerjaan mulia Nabi?":)
Ya, Doktor. :)
Hani, Bangkit ya!
Allah tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia.
Pasti ada sebabnya kenapa saya di sini.
Bukankah aturan Allah itu sangat indah dan sempurna sekali?
Maka,
Wahai Hati dan Diri,
Jangan diragui nikmat Ilahi.
Islam, Iman dan segalanya, termasuk cuti.
Kan ada hadith Nabi,
"Dua nikmat yang manusia banyak mensiakannya adalah nikmat sihat dan masa lapang."
Ya Allah, Hani ingin perbaiki diri.
Bantu hani Ya Allah dan kuatkan Hani.
Hanya padaMu tempat Hani mengadu dan meminta pertolongan.
Teman-teman,
Selamat Bersua Kembali!
Ilal Liqa' wa Ma'as Salamah! :)