Assalamualaikum :)
Hai Nafsi! Sudah lama menyepi, apa peringatan untuk kali ini ya? :)
" Saya Nak Jadi Anak Solehah. "
Minggu ini, di universiti, minggu midterm. Macam-macam midterm.
Allahuakbar. Seronok ada, resah pun ada.
Tapi tak apa, sebab midterm yang saya lalui ini menguji apa sebenarnya yang saya fahami.
Dalam diuji dengan midterm, Allah tambah lagi dengan ujian sakit telinga.
:)
Terima kasih Allah.
Kali ini, ujiannya memang sakit sekali, tapi Allah hadirkan teman-teman yang sangat baik di sisi.
Fateha, Sofea, Kak Zahidah, Kak Ela, dan ramai lagi.
Semuanya tak lekang dengan ingatan dan sangat mengambil berat.
Moga Allah mengurniakan mereka sebaik-baik kurnian NYA.
Ameen.
Jazakillahukhairan Kathiran ya Teman-teman. :)
Saya nak jadi Anak Solehah.
:)
Ini doa yang saya pohon setiap masa dan ketika.
Ibu dan ayah, doakan Hani ya! -_^
Hani punya impian. Banyak sekali.
Menggunung impian di hati.
"Nak masuk syurga dengan pimpin tangan ibu dan ayah."
"Nak pimpin tangan ayah naik atas pentas masa konvo."
"Nak peluk ibu erat-erat masa tidur. :') "
Kata orang,
"Impian itu menghidupkan Hati."
Moga impian saya akan terus bersinar dalam diri.
Moga Allah tunaikan impian saya.
Moga Allah tunaikan impian saya.
Yang rahsia dan yang nyata.
Kerana,
Dia Maha Mengetahui Atas Segalanya.
Tuhanku, jadikan Impianku selari dengan KehendakMU,ameen.
:)
No comments:
Post a Comment