Friday, 21 October 2011

My Dream, My Spirit, My Love..<3



Dua minggu ini, hati resah tidak menentu, sayu, lesu, semua becampur menjadi satu..
Letih bertanya pada diri,
"Apa sebenarnya yang terjadi?"

Puas ku mencari, berharap bertemu dengan solusi,
Namun, diri masih sepi. 
Kemana hilangnya sakinah yang dirindui sepenuh hati??

Alhamdulillah ya Rabbi.
Hari ini Engkau berikan ku sesuatu yang amat ku perlu.
"RINDU"
Rindunya untuk merindu,
Pada Nabiku yang amat mencintaiku.
Pada Ayah yang bersusah payah membesarkanku,
Pada Ibu yang selalu mendoakanku.
Dan terutama,
Pada Dia Tuhanku,
Yang selalu DEKAT DENGANKU.
^_^

Sebelum ini, berkali ku pujuk hati,
Dengan kata-kata hikmah untuk bersemangat kembali.
Namun, hati masih begini,
Mencari dan terus mencari, kehendak diri.

Terima Kasih Allah.
:)
sentiasa menemani dalam pencarian ini.
Mengembalikan rasa rindu di hati,
Untuk aku tetap melangkah,
Meniti ranjau dan duri,
Dalam perjalanan hayati.

Mungkinkah ku tersungkur lagi??
Biarkan.
Kerana ku tahu,
Dia akan ada,
Memimpin tanganku selalu.

Tuhanku,
Aku Rindu PadaMU..
<3





No comments:

Post a Comment